♥CaMeRoN.HiGHLaNDs.2013♥

aSSaLaMuaLaiKuM
♥CaMeRoN.HiGHLaNDs.2013♥

alhamdulillah.aku dan keluarga selamat pergi dan pulang. syukur kepada mu ya ALLAH. setiap tahun keluarga aku akan buat family vacation outside from Pulau Pinang. Tujuan utama family vacation ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara kami sekeluarga dan menjauhkan diri masing-masing daripada kesibukan kerjaya. Hal ini disebabkan(ayat dah macam buat karangan zaman SPM dulu-dulu) masing-masing dalam keluarga semuanya sibuk dengan kerjaya sendiri dan kami sangat susah untuk together bersama-sama. So, ayah akan mainkan peranan beliau sebagai ketua keluarga. Ayah akan pilih satu tarikh dan lokasi yang menarik untuk holiday. Then kami sebagai ahli keluarga akan mainkan peranan masing-masing untuk make sure tarikh yang ayah booking tue kami free dan tidak terlibat dengan mana-mana aktiviti dan tarikh tersebut hanya untuk bersama keluarga sahaja. Setiap tahun pasti ada lokasi yang menarik. Seperti tahun lepas lokasi kami adalah ke PULAU PERHENTIAN&PULAU REDANG (Holiday1 & Holiday2). Tahun2013 ayah buat keputusan memilih CAMERON HIGHLANDS sebagai lokasi tempat kami bersama. Kali ini kami bukan sahaja berlapan tetapi sebelas. Mak,abah,adik kakhuda(SIL) turut serta bersama. Keluarga kami semakin bertambah dan bertambah. Syukur. Itulah yang di katakan satu ikatan keluarga bahagia. Percutian kali ini hanyalah 2hari satu malam. Ayah dah booking seawal tahun lepas lagi aparatment di kea farm cameron highlands. Sebenarnya cameron highlands adalah salah satu tempat fav ibu dan kami sekeluarga pasti ke sini setiap tahun. Kata ibu tempat ini sangat sesuai untuk ketenangan minda daripada kesibukan kotaraya. Pada setiap tahun kami akan pergi ke cameron highlands samada bulan january ataupun February. Sebab apa??sebab pada masa ini cuaca di cameron memang super duper sejuk beku tak terkira. Bayangkan pada kali ini kami pergi dengan suhu 12DARJAH CELCIUS. dah macam duduk oversea. padahal tak hujan pun. cuaca masih ada matahari di puncak. so, kepada korang semua yang nak pergi cameron. try pergi antara dua bulan ini. memang seronok sejuknya sampaikan tangan kebas. yang pasti jangan lupa bawa baju lebih dan tebal. 

♥CaMeRoN.HiGHLaNDs.2013♥
Perjalanan kami bermula jam 4.00am daripada Pulau Pinang. Kemudian kami solat subuh di tol simpang pulai jam6.00am. Selepas selesai rukun ISLAM yang kedua. Kami memulakan perjalanan ke puncak cameron highlands dengan 2buah kereta. Lokasi pertama kami adalah Tea Boh Sungai Palas (tempat lakonan ombak rindu). Oleh itu kami selamat tiba di puncak jam 8.00am hanya 1jam15minit daripada simpang pulai. Kemudian kami terpaksa menunggu sehingga jam8.30am sebab jalan ke Tea Boh itu buka jam 8.30am. Disitu memang ramai yang akan beratur sebab pemandangannya yang super duper cantik menarik tertarik kau memang deboomm. Buka sahaja kedai memang semua serbu mcm pirana. Ayah adalah tonggak utama kami dan ayah menjalankan tugas yang sangat baik sebab dalam tmpat yg sangat cantik untuk kami sekeluarga breakfast. Selepas makan dan minum tea, kami bergambar di ladang teh. Seluas pemandangan rasa penuh ketenangan. Hilang segala duka, dan kekecewaan di dalam otak. Kemudian kami check-in apartment yang telah dibooking dan semua berehat(tidur) sebab kepenatan bangun seawal pagi. Selepas selesai solat zohor kami penuju ke MARDI di tanah rata. Disini terdapat pelabagi jenih tumbuh-tumbuhan dan terdapat juga jualan bunga-bunga dan kaktus. Memang seronok bergambar disini sebab kawasannya yang luas dan sangat cantik. Sekali masuk kena bayar RM3.00 tapi tak rugi langsung la. Spent la berapa lama pun. Tapi MARDI ini tutup pukul 5.00pm. Selepas selesai bergambar, kami menuju ke PASAR MALAM BRINCHANG (tmpat biasa). Sekarang pasar malam ini sudah dibukan jam2.00pm sehingga 11.00pm. Kemudian kami pulang ke apartment dan makan buah-buahan serta sayur-sayuran. 
Keesokkan harinya(hari terakhir) kami breakfast di brinchang. Nasi Lemak Kukus yang super duper sedap. Beratur mau nak dekat sejam. Tapi sangat berbaloi, sepinggan harga RM6.00. Makan panas-panas lagi laa rasa kenikmatannya. Selepas selesai breakfast kami menuju ke strawberry farm. Makan buah strawberry fresh pulak. Rasa kenikmatan buah yang segar bugar. Kemudian kamu menuju ke kea farm untuk beli beberapa barang terakhir sebelum pulang ke hometown. Alhamdulillah 12.00pm kami mula bergerak turun dari puncak Cameron Highlands. Kemudian kami singgah sebentar di Kampar (rumah kaklong) melawat babyboy yang baru lahir 30/1/2013. Kemudian kami menuju ke Kulim Kedah melawat kakak ibu yang baru jatuh dan patah tangan. Kalau pergi kulim tak makan char koay teow sg.dua memang tak sah. Selesai sahaja makan kami terus menuju pulang ke BAYAN BARU. Alhamdulillah akhrinya semuanya selamat. Sampai sahaja rumah semuanya ambil port masing-masing dan tidur.

♥CaMeRoN.HiGHLaNDs.2013♥
Perjalanan kali ini lebih menarik dan happening sebab buat pertama kalinya cucu sulung dalam keluarga di bawa ke cameron highlands. Seronok melihat telatah si kecil Damia Maisarah Binti Mohd Muktasim. Terhibur hati dengan si kecil ini. Setiap benda mahu sahaja di tanyanya. Tapi itu menunjukkan damia berfikir dan terus berfikir. Sifat ingin tahu sentiasa berada di dalam dirinya. 

Next Location??2014??will be soon
eNJoY oUR PiCTuRe

>>LoKaSi PeRTaMa KaMi<<

>>MARDI-LoKaSi KeTiGa KaMi<<

>>DaMia MaiSaRaH YanG TiDaK TaHu eRTi KePeNaTaN&KeSeJuKKaN<<
Semua orang pakai sweater dan baju tebal-tebal. Dia relaks sahaja dengan tshirt tangan pendek dan seluar



2 comments:

  1. seronoknya dapat pergi cameron. teringin nak pergi

    ReplyDelete